Tuesday, 20 March 2012

Sungai Di bukit LAJAK!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera salam satu DUNIA..

saya selaku seorang blogger yang baru sahaja bermula untuk memulakan
sesuatu yang baru dalam hidup saya iaitu menaip di blog saya sendiri (aku seorang pemancing)
buat pertama kalinya bermula dengan "report" saya yang pertama di dalam blog ini iaitu "sungai di bukit lajak".

Trip air tawar ini antara saya dan pipi ataupun gelarannya yg terkenal di seluruh tanah air "Lejen pinky"(hahaha)
memang sudah dirancang awal memandangkan teman-teman yang lain tidak dapat turut serta kerana ada urusan masing-masing dan trip-trip ke tempat lain lalu bertrip trip sekali hahahaha

walaupun kami hanya berdua, trip ke sungai air tawar pada kali ini tetap ON memandangkan ianya
berbaloi untuk bajet yang kami mampu tanpa pernah mengira sedar risiko-risiko yang bakal kami tempuhi kelak.

pada jam4.30 pagi bersamaan 18/03/2012 alarm handphone nokia C3-00 saya yang sengaja saya set kan
berbunyi disertakan panggilan telepon dari lejen pinky@pipi yang menandakan masa dan waktu trip sudah tiba
dan gerakan pun bermula.

setelah selesai memunggah barangan pancing di rumah pipi pada subuh itu, kami pun bergerak ke destinasi pertama kami (7eleven) untuk membeli bekalan minuman dan makanan secukup rasa dan memulakan perjalanan terus ke destinasi..






 akhirnya setelah hampir sejam memandu dari kota kinabalu kami tiba di destinasi dengan diiringi bau
harum dari brek kereta proton saga saya yang hangus akibat terlalu suka bermain brek ketika memandu di kawasan berbukit ini.



 kami disambut oleh pengerusi tagal dan juga guide kami pada trip ini iaitu encik david pada pagi itu.


                                                  
Memandangkan encik david ada urusan penting yg kena diuruskan segera, beliau mengantikan
dirinya dengan anak beliau selaku guide kami yang masih lagi bersekolah menengah iaitu Edwin/Levis/lee cooper (hehehe Edwin ba nama dia gurau-gurau jak) edwin ataupun nama glamournya "win" ni bukan sahaja pandai memancing malah pandai membuat rumah/cuci batu batuan/terjun tiruk (trojok) dan sebagainya.. hehehe



Setelah beberapa minit berjalan akhirnya kami tiba di lubuk pertama, sempat juga saya mengambil gambar
sebelum gewang permukaan pipi yang baru sahaja jatuh ke permukaan air meletup disambar sesuatu..







  Jeng jeng jengg.... baru sahaja jatuh ke permukaan air dan hanya bergerak sedikit, gewang pemukaan megabass dog-x milik pipi meletup disambar sesuatu dan setelah dibelai manja mengunakan rod abu garcia fantasista s.t.d dan reel liberto pixy68 disertakan tali YGK soul 10lb oleh pipi akhirnya sebarau/barob
berskala 1kg berjaya ditangkap gambarnya seperti diatas bersama empunya set dan mangsanya.





Tangkap dan lepas adalah wajib untuk kewajipan dan kebahagiaan dimasa hadapan apatah lagi di sungai ini.
No beg limit kalau disini yer... hehehe  






 Selang beberapa minit di lubuk yang sama, saya juga tidak ketinggalan untuk menjinakkan sebarau/barob
 cukup rasa yang sememangnya sedia jinak.. mmmm... kaki menembak pun senang-senang panah ikan-ikan
 disini huhuhu~

 

Spoon lemax legend yang saya gunakan kali ini cukup laku dikala TCE Tackles buat offer 70% hehehe










    salah satu lubuk yang the best! walaupun kurang best ketika kami bertandang disini kali ini..



 Set yang kami pertaruhkan untuk trip ini..Sama?? sama tapi x serupa.. hehe teka?




 Memandangkan trip pada kali ini agak kurang memuaskan, kami tetap berasa puas kerana
tujuan asal kami ingin terojok dan mandi air sungai pergunungan tercapai jua.
dalam perjalanan pulang kami mengikuti salah satu laluan melalui jambatan gantung yang berbahaya
dan x seperti jambatan gantung pun.. hehe


Dalam perjalanan pulang kami terpaksa mengikuti jalan poring-poring (kalau x silap) walaupun terlalu jauh
tetapi terpaksa juga memandangkan enjin kereta/tayar dan brek terlalu tertekan setelah beberapa kali gagal
LAJAK dibukit berbatu yang merupakan satu mimpi yang amat mengerikan juga bagi kami pada hari itu. mujurlah ada orang kampung yang lalu pada bukit lajak tersebut memberitahu ada jalan lain untuk ke KK huhuhu nasiblah.. kalau tidak akibatnya mimpi ngeri itu benar-benar terjadi hehehe




Akhirnya setelah bertaruh tanpa GPS di tangan. kami berjaya keluar dan tembus di kasih sayang resort..
alhamdulilah barulah lega.. gambar diatas salah satu permandangan berdekatan kasih sayang resort..



Permandangan dekat.. tapi apakah ini? hahaha


setelah beberapa jam memandu akhirnya kami tiba juga di kota kinabalu dan berehat untuk mengisi perut
di sebuah restoran 1 malaysia.. fuhhh penat sampai terkoyak tisu-tisu muscle sakit-sakit badan..
tapi semua itu sudah berlalu dengan selamat hehehe kepada encik pipi, bila lagi kita mau ni? hahahaha


beginilah kesudahannya cerita saya pada kali ini, semoga bertemu lagi di lain cerita yer..
hehehehe until the next time.. assalamualaikum.. see yaaa!!